Searching for jannah

D'Boss!

Assalamualaikum. Hi , I'm Faten Fatihah. My friend call Me Faten. I'm 16teen y/o. Thanks for visiting my blog. Follow me okay? I wil follow you back :D


Home Owner Linkies Stuff


Chatting





Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Assalamualaikum ;)

Assalamualaikum ;) *lambai-lambai tangan skit*

Alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini . Andai kata mati telah menyambut ahli keluarga kita,mahupun saudara terdekat....Mari sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah.Moga mereka tenang di sana.Aamin...

Oh ya,tentang blog ni...ihihi.maafkan saya,lama dah tak update.Bukan malas,actually takde masa.takde idea..Its okay...Harini saya dah update.Okay lah tu kan ? ihiks.. Esok oh esok.Ade ape dengan esok ? Meh sini nak cakap sikit.Esok dah 1.1.2014.Soooooooooo,saya dah jadi SPM Candidates.Sungguh,saya akan berusaha sebaik mungkin untuk SPM ! Saya nak sumbang ilmu-ilmu itu untuk kembangkan islam ! Tegakkan islam ~~ Bukan apa,lately orang Islam dah macam mundur skit kan...Contohnye dalam bidang ekonomi...Kebanyakannya orang Kafir yang menguasai.Takkan ku biarkan perkara ini terus berleluasa..in sha Allah...Aamiin =)

Tentang SPM...Allah mesti bagi kejayaan kepada sesiapa yg berusaha kan ? Buat ,saya  kene berusaha bersungguh-sungguh ! Pastu,tawakkal + doa.Seriously,i want to strive for straight a's.Insha Allah.Doakan ye readers ku sayang =P

Sesungguhnya,kejayaan itu :

*Datang dari orang yang rendah diri..Bukannya orang yang dirinya rendah.Faham betul-betul ye ? ^.^
*Datang dari orang yang selalu ajar ilmu yang ada padanya...Means,kita kene share ilmu Allah ni.Takleh kedekut ilmu.
*Datang dari orang yang berusaha. So,kita kene usaha bersungguh-sungguh,sebaik mungkin ! In sha Allah,kita akan berjaya..

Oh ya,sebelum tu,...Kita kene tajdid niat kita belajar ! Kita belajar bukan sebab nak results yg cemerlang,sebaliknya...kita belajar kerana Allah.Bukan bab belajar je kerana Allah,..tapi semua hal yang kita lakukan mestilah niat kerana Allah ~ Moga kita beroleh pahala dariNya.Kalau kita gagal sekalipun,jangan pernah sesekali salahkan orang lain.Salahkan diri sendiri.Sebab...............

" Andaikata kita berusaha macam orang yang nak dapat straight A's,kita akan dapat.Tapi,jika kita dah berusaha tapi tidak dapat straight a's,tu maknanya usaha kita tu belum mencapai tahap Straight A's."

Kita pun tak boleh nak salahkan cikgu kita kalau kita gagal.Jangan pulak salahkan kawan-kawan kalau kita jatuh.Segalanya bermula dari diri kita sendiri.Yang penting sekali,jaga hubungan dengan Allah dan keluarga (bukannnya dengan boyfriend segala) .Kalau solat pun malas,...Solat pun tak cukup,camne Allah nak bagi kejayaan,ye tak ?

Anggaplaj kejayaan itu macam kekasih kita.Kita sanggup buat apa saja demi dia kan ?So,jangan cakap banyak,jangan suka banyak,jangan main-main,jangan online,jangan tidur banyak...Pegi tutup laptop,buka buku ,study dan buktikan yang terbaik ! =)

Semoga Faten Fatihah bt Jamalludin Helmi mendapat Straight A's dalam spm 2014.Aaminn =)

Tentang Dia

Dia tak cantik, menggoda.
Tanpa bulu mata palsu,
Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
Ada macam tak ada.
Matanya tak galak, tak redup,
Hanya mata biasa-biasa,
Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow,
Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.
Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.
dan dia, ya dia selesa begitu.
Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
Bukan dia kedekut.
Cuma rasa tak perlu.
Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.
Dan dia, ya dia selasa begitu.
Sederhana dengan caranya.
Bersyukur dengan apa yang dia ada.
Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
Dia tak peduli.
Dia malas ambil tahu.
Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki,
Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun,
Dia masih tak sedap hati,
Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.
Susah menjadi dia?
Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat?
Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri,
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.
Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua godaan dunia”
“ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.
Dipujuk hatinya,
Walau terasa ingin mencuba,
dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba,
kalau dia turutkan kata hatinya.
Ya, biarlah.
Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
Yang kehadirannya tak disedari.
Ya, dia selesa begitu.